Friday 6 January 2012

Teksi Oh Teksi...

Waktu :  Tengahari 12.30pm
Lokasi :  Tepi Jalan Tun Razak Tunggu Teksi
Hala Tuju :  Suria KLCC
Siapa Kami? :  Neklong ngan Zuzan

Tak sampai 5 minit, meluncur sebuah teksi dari arah Kampung Baru. Kami berdua deras melompat masuk melabuhkan punggung dalam teksi tersebut..

Neklong  :   " KLCC Bang! "

Abang Teksi  :  Nak Benti Celah mane?

Neklong :  Erkkk !!!!...bebetul depan KLCC ye.. !!! 

Baru saja nak mula berbual dengan Zuzan, hp Zuzan sudah berdering - dering.  Handbag dia banyak poket, kiri kanan depan belakang, dalam bag lagi, celah celah, banyak nye..Dalam pada selok sane korek sini, hp pun berhenti berdering.  Masa tu la baru dapat keluarkan hp tersebut dari handbag berpoket poket itu.

Zuzan mengerling pada Neklong.... " anak I call.. "

Zuzan  :   Helloo...

Anak Zuzan  :  @#@#$$%&$..*&% ( sebab Neklong tak dengar)

Zuzan  :  Kakak!!!!... bas sekolah tak  sampai lagi? o o o mummy dah call tadi, anty  tu ckap kejap lagi dia sampai laaaa.... nasi dah masak?... depan rumah dah sapu? bersih tak?  kat dapur sampah dah buang? Kain sidai dah angkat? dah kering? ..  Kakak dah siap belum?... Kucing dah bagi makan?.. dah kurung dalam sangkar tak? jangan lepas kan, nanti dia berak bersepah.. Kejap lagi bas sekolah sampai.. dia ckp 10 minit sampai.. Kakak tunggu dalam, gate depan kunci tau..  Mummy malam ni balik lambat sikit.  "Bye!!!

Neklong :  sesak nafas.. sakit paler otak.  "Zue, nape bnyak sgt keje suruh anak buat. bukan ke kakak tu nak pegi sekolah.???

Zuzan :  eh eh Neklong.. anak-anak kene ajar dari sekarang Neklong, nanti dah besar kita yang senang!!

Belum sempat Neklong nak nyampuk....

Abang Teksi  :  Mak aaaiiiiii !!!!  (hahahahahahahahahahahaha) cakp dengan anak ke?... buat anak macam orang gaji.. mak macam nazi kuku besi... (hahahahahahahahaha)

Neklong dgn Zuzan pun ikut gelak. Neklong bisik kat Zuzan, "padan muka ko"

Bila Neklong dengan zuzan turun dari teksi depan KLCC, Abang teksi masih lagi menggelengkan kepala sambil gelak dan gelak..
Lepas makan dan bershopping, pukul 2 petang kami pun berjalan keluar untuk menahan teksi balik ke arah Jalan Tun Razak.

Abang Teksi  :  Mane.. (suara garau macam nak telan orang)

Zuzan  :  *&@# Condominium Jalan Tun Razak..lepas trafik light masuk kiri, jalan tu tak berapa perasan kalau tak tau... lagi pun.... 

Abang Teksi terus pangkah..

Abang Teksi  :  Ok ok, tau tau.. kalau bawak teksi kawasan Ampang ni kalau tak tau jalan nak kesana baik jgan bawak teksi.  Saya dah 10 tahun bawak teksi, tau semua jalan jalan kawasan sini.  tak payah nak tujuk jalan, tak payah nak ulang banyak kali. nanti sampai la saya hantar.

Neklong :  ek eleh (dalam hati) padan dengan muka aku hari ni... heh!

Zuzan konpius...

Thursday 5 January 2012

Wanita Tua Lambang Kekuatan..

Salam semua pembaca..

Hari ni seorang sahabat memberikan Neklong sebuah buku yang bertajuk

" jangan bersedih"

- jadilah wanita yang paling bahagia -

Neklong begitu asyik membaca setiap muka surat yang mana Neklong anggap isi kandungan buku keseluruhannya memberi semangat yang begitu jitu kepada wanita.. Neklong nak kongsikan satu episod kali ini.

WANITA TUA LAMBANG KEKUATAN

" Akan datang kepadamu pertolongan saat putus asa sebagai anugerah dari Yang Maha Lembut Lagi Maha Memperkenankan doa"


1. Jadilah seperti seorang wanita tua yang kuat dihadapan Gabenor Al-Hajjaj dengan keyakinan kepada Tuhannya. Saat anaknya dipenjara oleh Al-Hajjaj, sang Gabenor bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya akan dibunuh dihadapannya. Namun, wanita tua itu tetap yakin,teguh, berani, dan dengan lantang menjawab " sekalipun engkau tidak membunuhnya, dia pasti akan mati juga ".


2. Jadilah engkau sepeti seorang perempuan Parsi yang sangat tawakkal kepada Allah ketika kehilangan kandang ayamnya. Ia memandang ke langit Dan berdoa " wahai Allah! Jagalah kandang ayam ku, kerana sesungguhnya Engkau sebaik- baik Penjaga".


3. Jadilah diri anda seperti Asma', puteri Abu Bakar, dalam kekuatannya setelah melihat anak lelakinya, Abdullah bin Zubair, terbunuh dalam keadaan terpancang di tiang salib, lalu ia mengucapkan kata-katanya yang terkenal itu. " Sekarang sudah saatnya bagi penunggang kuda yang berani ini untuk beristirehat dengan tenang ".


4. Jadilah seperti Al-Khansa' yang menyerahkan empathy anaknya dijalan Allah. Ketika mereka terbunuh syahid, dia berkata " segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan syahidnya mereka di jalan Allah ".

Wanita-wanita ini, sejarah mereka yang mulia, yang sarat dengan kemuliaan.



Semoga kaum Hawa sakelian sedia mengambil iktibar dari sini.



Neklong nak teruskan membaca.

Perah Otak

Task:

Concept. : Kulit licin macam telor dah buang Kulit

Product. : look on the mirror.. Belek kulit muka.. Nyumeeeee!!

client. : kilang bedak sejuk...


Sidai otak sampai kering = finished product.. Yeahhhhhh!!





Neklong sengeh-sengeh puas.. ;/