Thursday 5 January 2012

Wanita Tua Lambang Kekuatan..

Salam semua pembaca..

Hari ni seorang sahabat memberikan Neklong sebuah buku yang bertajuk

" jangan bersedih"

- jadilah wanita yang paling bahagia -

Neklong begitu asyik membaca setiap muka surat yang mana Neklong anggap isi kandungan buku keseluruhannya memberi semangat yang begitu jitu kepada wanita.. Neklong nak kongsikan satu episod kali ini.

WANITA TUA LAMBANG KEKUATAN

" Akan datang kepadamu pertolongan saat putus asa sebagai anugerah dari Yang Maha Lembut Lagi Maha Memperkenankan doa"


1. Jadilah seperti seorang wanita tua yang kuat dihadapan Gabenor Al-Hajjaj dengan keyakinan kepada Tuhannya. Saat anaknya dipenjara oleh Al-Hajjaj, sang Gabenor bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya akan dibunuh dihadapannya. Namun, wanita tua itu tetap yakin,teguh, berani, dan dengan lantang menjawab " sekalipun engkau tidak membunuhnya, dia pasti akan mati juga ".


2. Jadilah engkau sepeti seorang perempuan Parsi yang sangat tawakkal kepada Allah ketika kehilangan kandang ayamnya. Ia memandang ke langit Dan berdoa " wahai Allah! Jagalah kandang ayam ku, kerana sesungguhnya Engkau sebaik- baik Penjaga".


3. Jadilah diri anda seperti Asma', puteri Abu Bakar, dalam kekuatannya setelah melihat anak lelakinya, Abdullah bin Zubair, terbunuh dalam keadaan terpancang di tiang salib, lalu ia mengucapkan kata-katanya yang terkenal itu. " Sekarang sudah saatnya bagi penunggang kuda yang berani ini untuk beristirehat dengan tenang ".


4. Jadilah seperti Al-Khansa' yang menyerahkan empathy anaknya dijalan Allah. Ketika mereka terbunuh syahid, dia berkata " segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan syahidnya mereka di jalan Allah ".

Wanita-wanita ini, sejarah mereka yang mulia, yang sarat dengan kemuliaan.



Semoga kaum Hawa sakelian sedia mengambil iktibar dari sini.



Neklong nak teruskan membaca.

2 comments:

  1. Allahuakbar, wanita2 hebat yang mendambakan kasih sayang Allah lebih segalanya. Terima kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. Ross, terima kasih menghayati kesah tauladan ini. dan terima kasih juga sudi follow neklong disini.


    Note : Ross, neklong nak tau lebih detail pasal kain sarung, kain batik sarawak. Corak sarawak yang asli dan harga sehelai. Ada website ke kalau neklong boleh refer.??

    ReplyDelete